CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 2 September 2010

Majlis Khatam Di Bulan Ramadhan Gabungan Guru-guru Sekolah Ugama dan Rendah Sungai Liang Pada 2hb September 2010.





Dua dari kanan Penolong Guru Besar Sekolah Rendah Sungai Liang.



Takhtim dan dikir dibacakan oleh murid-murid sekolah ugama sungai Liang

Pada Majlis Tersebut Guru Besar cikgu Nora Binti Abang Menyampaikan Derma kepada Anak Yatim Sekolah Ugama Sungai Liang

Selasa, 17 Ogos 2010

Pembukaan Tadarus Bagi Guru-Guru & Murid-Murid Sempena Di Bulan Ramadhan





Majlis Khatam Al-Quran Pada 7hb Ogos 2010





Tetamu Kehormat & Isteri Merinjis Minyak Wangi
Bergambar Ramai Bersama Tetamu kehormat & Isteri

Isnin, 26 April 2010

Program Siwak pada 20hb April 2010

Pegawai dari kementerian Kesihatan memberi keterangan terlebih dahulu kepada guru-guru

Guru-guru memberi keterangan cara memberus gigi yang betul, sambil diperhatikan oleh pegawai kementerian kasihatan yang ditugaskan di sekolah ugama sungai liang.






Sabtu, 27 Februari 2010

PERARAKAN MAULIDUR RASUL BAGI DAERAH BELAIT TAHUN 1431H / 2010M

Pada Hari tersebut seawal 6 pagi guru-guru dan murid-murid sudah pun berkumpul di sekolah bagi menanti kenderaan bas membawa ke padang bandaran kuala Belait.
pada tahun ini seramai 80 orang gabungan Sekolah Ugama dan Rendah Sungai Liang Menyertai perarakan Maulidur Rasul.
Ketua pasukan Cg Nazirul Adib Menerima sijil penyertaan dari Yang Mulia Tetamu Kehormat.




Murid-murid rehat seketika setelah selesai berarak berjalan kaki.

Khamis, 25 Februari 2010

Penutup Dikir Maulidur Rasul Sekolah Ugama Sungai Liang.





Terpancar rasa cinta kasih dan sayang kepada Rasul Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. di wajah murid-murid apabila melaungkan dikir sewaktu majlis penutupan dikir Maulidur Rasul di Sekolah Ugama Sungai Liang.


Majlis diakhiri dengan bacaan Doa selamat...

Ahad, 21 Februari 2010

Peserta Dikir Tahun 2010

Peserta dikir perampuan walaupun tidak berjaya namun semangat yang ditonjolkan amat membanggakan pihak sekolah. jangan putus harapan kita cuba di tahun hadapan.
Tahniah kepada peserta dikir lelaki Sekolah Ugama Sungai Liang, kerana menjadi johan dikir sekolah-sekolah ugama dan arab kawasan Daerah Belait. dengan itu peserta dikir lelaki sekolah ugama sg liang mewakili bahagian dikir lelaki Daerah Belait ke pertandingan peringkat Akhir yang akan berlangsung di Daerah Temburong

Rabu, 17 Februari 2010

Pembukaan Dikir Maulud Bagi Sekolah Ugama Sungai Liang, Belait





Pembukaan Dikir Maulud Sekolah Ugama Sungai Liang Pada 2 RabiulAwal 1431 H bersamaan 16hb Februari 2010. Yang berlangsung selepas Sembahyang Fardhu Zuhor Berjemaah.

Jumaat, 12 Februari 2010

Aktiviti Amali (Menghalusi Perbuatan Sembahyang)

Pen. Guru Kanan Amali Cikgu Nazirul Adib Menerangkan dan Menegur beberapa kesalahan perbuatan sembahyang yang sering dilakukan oleh murid-murid ketika bersembahyang.
Cikgu Nazirul Adib menerangkan cara-cara perbuatan sembahyang yang betul.
murid-murid mendengar penerangan yang di sampaikan oleh guru-guru tentang perbuatan sembahyang. pada hari tersebut kesemua murid terlibat dari darjah pra hingga darjah enam mengikuti aktiviti menghalusi perbuatan sembahyang.

Sekalung Penghargaan

Pihak sekolah ugama sungai liang mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada cikgu Rugaya Binti Hj Jambol atas jasa beliau menjadi pendidik di sekolah ugama sungai liang selama 20 tahun lebih. sekarang beliau di tugaskan di sekolah ugama sungai tali, semoga cikgu Rugaya akan terus maju jaya dan sihat sentiasa Amin~~~. kami warga sekolah Ugama Sungai Liang akan sentiasa merindui dan merasa kehilangan seorang guru yang berpengalaman dalam mendidik murid-murid khasnya darjah Pra ugama.